Anggota kumpulan Big Bang, T.O.P bakal didakwa selepas mengaku dirinya terlibat dengan penggunaan dadah jenis ganja.

Menurut laporan All Kpop, T.O.P telah ditangkap dan ujian saringan ke atas sampel rambut penyanyi itu didapati positif dadah.

Siasatan terhadap T.O.P telah dilengkapkan dan pihak polis akan menyerahkan kepada pendakwa raya untuk mendakwa dia di atas kesalahan penyalahgunaan dadah merbahaya.

Sehubungan dengan itu, pihak pengurusan T.O.P, iaitu agensi hiburan YG, telah tampil untuk mohonan maaf kepada semua pihak berhubung perkara itu.

"T.O.P mengaku mengambil bahan terlarang itu dan dia juga telah mengikut semua prosedur siasatan polis serta hadir ke balai polis ketika sedang menjalanikan tugas perkhidmatan awam.

"Sepanjang proses siasatan oleh pihak polis, T.O.P tidak menafikan perkara itu sebaliknya mengaku menghisap dadah sejak October 2016 dan betul-betul kesal dengan perbuatannya itu," kata pihak pengurusan T.O.P.

Penyanyi rap berusia 29 tahun itu ketika ini sedang menunaikan kewajipan menjalani latihan ketenteraan bermula sejak 9 Februari lalu.

Dia ditugaskan berkhidmat sebagai seorang anggota polis di sebuah stesen di Gangnam sejak Mac lalu.

Sumber: All Kpop

Olahan: Rozaimi Zubaidi