Pelakon Sherry Ibrahim akui rindu masakan arwah neneknya setiap kali menjelang Ramadan.

Sherry atau nama sebenarnya Syarizad Ibrahim, 34, berkata neneknya akan masak laksa utara setiap kali dia pulang bersama keluarga berbuka puasa.

"Masa arwah ada, kami sekeluarga akan pulang berpuasa di kampung arwah Wan (nenek) dan datuk saya di Alor Setar.

"Saya paling rindu masakan arwah, kerana setiap kali kami pulang dia akan masak laksa utara yang rasanya sangat sedap dan menjadi kegemaran.

"Sekarang bila arwah Wan dan datuk sudah tiada, saya amat terasa dengan kehilangannya kerana kami sudah tidak lagi pulang ke kampung.

"Jadi hari ini, alang-alang sudah berada di bazaar Ramadan bersama Sajian Hati Digi di Alor Setar saya mahu cari laksa utara supaya sedikit sebanyak dapat mengimbau kembali masakan arwah Wan saya," katanya kepada Astro Gempak.

Sherry ditemui ketika Jelajah Sajian Hati Digi di bazaar Ramadan Stadium Darul Aman, Alor Setar, pada Jumaat.

Jelajah Sajian Hati Digi akan memaparkan selebriti jemputan ke lapan bazaar Ramadan terpilih untuk mencari juadah terbaik untuk yang tersayang.

Lebih menarik lagi, program yang dihoskan oleh Ray Era ini bakal disiarkan secara langsung di Facebook dan selebriti jemputan bakal mendedahkan tentang insan yang paling mereka sayang.

Jelajah Sajian Hati Digi seterusnya akan diadakan di bazaar Ramadan Kampung Baru, pada 5 Jun ini bersama pelakon Siti Saleha.

Berita baik untuk pelanggan Digi, dapatkan aplikasi MyDigi di App Store dan Google Play Store kerana pelbagai tawaran menarik untuk anda nikmati sepanjang Ramadan ini seperti menebus juadah berbuka dan perkhidmatan Grab ke bazaar.

Bersempena Ramadan ini juga Digi Prepaid™ menawarkan biGBonus sehingga 30GB internet pantas serendah RM3 sebulan, dapatkan sekarang sepanjang bulan ini.

Anda pengguna Digi Postpaid™ 80? Jangan bimbang kerana AnytimeBonus menawarkan hanya tambah RM5 untuk 20GB internet sepanjang bulan ini.

Kepada yang masih belum menggunakan perkhidmatan Digi, cubalah sekarang untuk menikmati tawaran istimewa ini!

Teks oleh: Syafiqah Jalal