Isteri Kedua Adi Putra Kini Hamil?

1 November 2016. 5.04 PM
31,471
Hiburan
Isteri Kedua Adi Putra Kini Hamil?

Miss K mendapat perkhabaran ini dari seorang rakan Miss K yang bernama Zura Zakiah.

Menurut Zura, rakannya terlihat kelibat seorang wanita yang rautnya cukup dikenali di sebuah klinik.

Sekali imbas, macam kenal, rupa-rupanya, wanita itu adalah isteri kedua kepada Adi Putra.

Dakwa rakan Zura, wanita itu kini sedang hamil dan menjalankan pemeriksaan di klinik tersebut.

"Kawan aku kata, dia memandang wanita itu banyak kali untuk memastikan wanita itu adalah isteri kedua Adi.

"Kawan aku itu terus Google wajah isteri kedua Adi. Walaupun dia demam, dia tetap gigih tau. Tak tahulah pulak kalau-kalau mata kawan aku tu kabur dek kerana demam," cerita Zura dengan penuh semangat.

Wah, kalaulah cerita yang disampaikan oleh Zura ni betul, Miss K ingin menjadi individu pertama yang menyampaikan ucapan tahniah kepada Adi dan isterinya.

Namun begitu, kalau tidak benar, Miss K mendoakan agar Adi lekas-lekas dikurniakan cahaya mata. Pastinya ramai peminat tak sabar menantikan Adi Putra Junior!

Miss K: Ramai peminat tak sabar tunggu Amyra Rosli dan Amar Baharin naik pelamin 11 November ini.

*Jika ada sebarang gossip atau cerita yang ingin disampaikan kepada Miss K, e-mel Miss K di gossipmissk@gmail.com ya!


Artikel Berkaitan


Komen