Ucapan dan doa yang diberikan pelakon Izzue Islam kepada isterinya, Awin Nurin sempena ulang tahun perkahwinan keempat mereka menyentuh hati peminat.

Ucapan istimewa yang dikongsi oleh Izzue menerusi akaun Instagramnya hari ini turut disertakan dengan foto perkahwinan mereka.

Izzue menyatakan rasa bersyukur kerana dikurniakan seorang isteri yang memahami dan saling melengkapi antara satu sama lain.

“Ya Allah, jadikanlah kami Suami & Isteri yang saling mencintai di kala dekat & saling menyempurnakan dalam peribadatan. Jadikanlah kami pasangan yang akan bertemu di akhirat kelak.

“Pasanganku mengajarkanku tentang akhlak dan keikhlasan. Pasanganku membantuku agar saling menjaga diri ketika berjauhan. Ya Allah, jadikanlah kami pasangan yang saling melengkapi dan saling menyempurnakan.


“Ya Allah, Andai Kau berkenan, limpahkanlah rasa cinta kepada kami. Agar kami senantiasa bahagia dalam menjalani bahtera kehidupan ini. Ya Allah, Andai semua itu tak layak bagi kami, maka cukupkanlah permohonan kami dengan redhoMu. Aminn,” tulisnya.

Izzue juga turut memohon maaf kepada isterinya kerana masih belum mempunyai rezeki untuk menimang cahaya mata tahun ini.

“Selamat Ulangtahun Perkahwinan yg ke-4 @awinnurin. Maaf sebab tahun ni kita masih menyambutnya berdua. Belum rezeki kita untuk mendapat cahaya mata. Adapun begitu, pasti ada hikmah disebalik kejadian.

“Pinta doa dari semua kepada kami supaya ulangtahun ke-5 dapat menyambutnya bertiga. Aminn Ya Allah. Terima Kasih Semua,”
tulisnya.

Dalam pada itu, entri tersebut telah dipenuhi dengan ucapan tahniah dan peminat juga mendoakan semoga pasangan ini dikurniakan cahaya mata serta perkahwinan mereka berkekalan hingga akhir hayat.

Ya Allah, jadikanlah kami Suami & Isteri yang saling mencintai di kala dekat & saling menyempurnakan dalam peribadatan. Jadikanlah kami pasangan yang akan bertemu di akhirat kelak. . Pasanganku mengajarkanku tentang akhlak dan keikhlasan. Pasanganku membantuku agar saling menjaga diri ketika berjauhan. Ya Allah, jadikanlah kami pasangan yang saling melengkapi dan saling menyempurnakan. . Ya Allah, Andai Kau berkenan, limpahkanlah rasa cinta kepada kami. Agar kami senantiasa bahagia dalam menjalani bahtera kehidupan ini. Ya Allah, Andai semua itu tak layak bagi kami, maka cukupkanlah permohonan kami dengan redhoMu. Aminn. . Selamat Ulangtahun Perkahwinan yg ke-4 @awinnurin. Maaf sebab tahun ni kita masih menyambutnya berdua. Belum rezeki kita untuk mendapat cahaya mata. Adapun begitu, pasti ada hikmah disebalik kejadian. Pinta doa dari semua kepada kami supaya ulangtahun ke-5 dapat menyambutnya bertiga. Aminn Ya Allah. Terima Kasih Semua. . #izzueislam #awinnurin #iian

A post shared by I Z Z U E I S L A M (@izzueislam) on


Teks oleh: Mya Amri