Bulan Ramadan merupakan bulan di mana umat Islam digesa untuk memperbanyakkan ibadah dan amalan. Antara yang wajib dilakukan adalah berpuasa.

Tetapi, tahukah anda bahawa terdapat negara yang pernah menghalang rakyatnya daripada berpuasa?

Bukan itu sahaja, mereka juga akan menghukum umat Islam yang berpuasa di sepanjang bulan Ramadan.

Berikut kami kongsikan negara-negara yang pernah menghalang rakyatnya daripada berpuasa:

1. India

Suatu ketika dahulu, pemerintah India tidak melarang rakyatnya yang beragama Islam untuk berpuasa. Tetapi, toleransi sesama masyarakat beragama Islam sering berbeza dan telah menyebabkan banyak kes pergaduhan. Pada 2014, seorang pekerja restoran yang sedang berpuasa telah dipaksa untuk makan roti pada siang hari oleh anggota parlimen. Insiden itu juga membuktikan bahawa kerajaan India pernah melarang umat Islam daripada berpuasa sebelum ini.


2. London

Dahulunya London adalah negara anti Islam. Tetapi setelah beberapa tahun, negara tersebut mula menerima agama Islam. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kawasan di London yang masih tidak menerima agama Islam. Pernah terjadi beberapa tahun lalu di mana kesemua pelajar di sekolah dilarang untuk berpuasa sepanjang Ramadan. Lebih teruk lagi, ibu bapa juga turut diberikan surat agar melarang anak mereka berpuasa.

3. China

Masyarakat di sekitar Xinjiang, Tiongkok merupakan kelompok Islam yang terbesar di China. Sebelum ini, kerajaan mereka pernah melarang kesemua umat Islam untuk menjalankan ibadah puasa. Mereka juga telah diugut akan dikenakan hukuman sekiranya tetap berpuasa.


Sumber : Hanasuva
Olahan : Izzat Ridzwan