Julia Perez Buat Hal Lagi, Bergaduh Dengan Nikita Mirzani Pula

1 November 2016. 10.14 PM
40,512
Hiburan
Julia Perez Buat Hal Lagi, Bergaduh Dengan Nikita Mirzani Pula

Sikap pelakon seksi Indonesia Julia Perez 36, terus hangat diperkatakan apabila dikatakan sengaja mencetus pergaduhan dengan Nikita Mirzani.

Menurut laporan Bintang.com, pergaduhan mereka berpunca dari Perez yang menuduh teman rapat Nikita telah memukul pembantu peribadinya Lucky di sebuah kelab malam di Jakarta.

Perkara tersebut dinafikan Nikita dan menganggap Perez  hilang akal kerana sengaja memburuk-burukkan namanya tanpa usul periksa.

Nikita bagaimanapun telah pun membuat laporam polis dan meminta Perez untuk memohon maaf di hapadan media.

Tidak mahu memburukkan keadaan, Perez telah mengadakan sidang media dan membuat permohonan maaf secara terbuka.

“Dengan kesempatan ini saya ingin memohon maaf dari lubuk hati saya yang paling dalam kepada Nikita.

“Salah faham yang berlaku antara saya dan dia ini perlu diselesaikan dengan segera, saya tidak mahu ia berpanjangan.

“Nikita sepatutnya hadir pada majlis sidang media ini tetapi tidak dapat hadirkan diri kerana perlu menguruskan hal lain yang lebih penting,” kata Perez di Gedung Kencana Cawang, Jakarta Timur.

Perez kini masih menjalani rawatan di hospital Jakarta untuk mengubati kanser serviks yang telah dikesan oleh dokor pada tahun lalu.

Olahan: Mohd Ishahrulddin Tahir

Sumber: Bintang.com


Artikel Berkaitan