Penyanyi Elizabeth Tan akui disebabkan terlalu sibuk dia tidak sempat mengambil kelas lakonan dan hanya belajar dengan pengurusnya sahaja.

Elizabeth atau lebih mesra dengan panggilan Lizzy berkata, dia bernasib baik kerana pengurusnya merupakan bekas pelajar teater.

“Diberi kepercayaan untuk membawakan watak utama dalam drama My Darling Inspektor Daniel, memang kena buat persediaan.

“Kalau ikutkan saya teringin untuk mengikuti kelas lakonan tapi disebakan jadual kerja yang agak padat saya terpaksa batalkan hasrat tersebut.

“Jadi saya mengambil inisiatif untuk belajar berlakon dengan pengurus saya yang merupakan bekas pelajar teater di sebuah kolej.

“Secara jujurnya memang saya ragu-ragu dengan bakat lakonan sendiri sebab itu kadang-kadang waktu latihan saya akan ulang satu babak sampai 15 kali untuk memastikan lakonan saya berkesan.

“Saya berterima kasih kepada pengurus kerana sanggup menolong dan mengajar saya berlakon,” katanya kepada Astro Gempak.

Drama My Darling Inspektor Daniel bakal ditayangkan tidak lama lagi.

Selain Lizzy, pelakon lain yang turut menjayakan drama 20 episod tersebut adalah Aaron Aziz, Erra Fazira, Siti Elizad dan Dazrin.

Teks oleh: Mya Amri