Penceramah Imam Muda Asyraf mengakui ibu bapa harus memberi ganjaran kepada anak-anak mereka yang sedang belajar berpuasa.

Iman Muda Asyraf atau nama sebenarnya Muhammad Asyraf Mohd. Ridzuan, 33, berkata, perkara tersebut dilakukan untuk memberi semangat sekaligus melatih mereka berpuasa sepanjang bulan Ramadan.

"Islam tidak melarang ibu bapa memberi ganjaran kepada anak-anak mereka dengan tujuan untuk melatih mereka melakukan sesuatu perkara.

"Ganjaran yang diberikan itu bukanlah rasuah sebaliknya sebagai pembakar semangat dan secara tidak langsung akan menambahkan kasih sayang dalam keluarga.

"Kanak-kanak yang kecil masih tidak tahu erti ikhlas dalam melakukan sesuatu ibadah jadi mereka akan mengharapkan sesuatu daripada ibu bapa.

"Ibu bapa harus memberi galakan kepada anak-anak dalam proses untuk mendidik mereka melalui apa yang diajarkan oleh agama Islam," katanya kepada Astro Gempak.

Imam Muda Asyraf berkata demikian ketika ditemui pada pelancaran PediaSure Complete, di Giant Hypermarket, Damansara, baru-baru ini.

PediaSure Complete kini tampil dengan perisa lebih lazat dengan rasa madu dan ia sesuai untuk kanak-kanak berusia satu hingga sepuluh tahun.

PediaSure Complete dirumus khas untuk menyokong pertumbuhan dan perkembangan dengan memberi pemakanan lengkap kepada kanak-kanak serta meingkatkan selera kanak-kanak yang cerewek makan.

Ia juga sesuai untuk diminum oleh kanak-kanak yang ingin mula belajar berpuasa kerana kandungan yang terdapat pada PediaSure Complete membantu memberi tenaga sepanjang hari berpuasa di bulan Ramadhan.

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi