Setiap kali Ramadan pasti ramai yang teringat masakan tradisional ibu atau nenek di kampung.

Kini, anda tidak perlu pulang ke kampung semata-mata hendak menikmati makanan Melayu kerana INTEKMA Resort & Convention Centre menyediakan juadah berbuka puasa bertemakan klasik dengan menu selera tempatan dari Utara dan Selatan, Ramadan ini.



Lebih daripada 70 jenis hidangan disajikan, INTEKMA tampil dengan menu utama seperti Kari Kepala Ikan, Ayam Masak Ros, Daging Gulai Kawah, Nasi Briyani, Pindang Ikan dan Sotong Masak Hitam.

Tidak ketinggalan adalah juadah sampingan yang menjadi kegemaran setiap kali bulan puasa seperti Murtabak, Kambing Golek, Pasembur, Cucur Udang, Laksa Utara, Kuey Teow goreng dan Mee Rebus yang dimasak segar daripada stesen masakan secara langsung.



Bukan sahaja makanan utama dan sampingan, tedapat juga hidangan pencuci mulut tradisional Melayu seperti Sago Gula Melaka, Bubur Pulut Hitam, Bubur Cha Cha, AgarAgar Pandan, kuih muih tradisional seperti Buah Melaka serta kek dan buah-buahan segar melengkapkan lagi hidangan.

Menariknya, tetamu yang hadir menikmati juadah berbuka puasa turut dapat merasai seperti berada di kampung dengan dekorasi elemen tradisional seperti lampu minyak antik, kain sarung, pelbagai buah-buahan dan bunga-bungaan tempatan termasuklah motif batik Mega Mendung.



INTEKMA Resort & Convention Centre terletak di Seksyen 7, Shah Alam.

Harga buffet adalah RM55 untuk dewasa dan RM27 untuk kanak-kanak berusia 6 hingga 12 tahun.

Untuk tempahan dan maklumat lanjut layari www.intekmaresort.com.my atau hubungi hotline +603 5522 5000

Teks oleh: Syafiqah Jalal