Sejak program realiti popular GegarVaganza musim ketiga (GV 3) ditayangkan tiga minggu lalu, berbagai-bagai kontroversi telah timbul.

Bermula dari kontroversi foto Zur Eda, isu tidak dapat mikrofon dan yang terbaru poster yang dimuatnaik di akaun Instagram Datuk Seri Vida (DSV) pada petang tadi.

Malah, isu mikrofon turut membuka rezeki bagi sesetengah pihak apabila turut mem'viral'kan jaket yang dipakai pengurus pentas sambil mempromosikan perniagaan mereka.

Selain kontroversi yang disebut di atas, bintang GV3 dan pengacara program juga tidak terlepas dari menjadi subjek hangat netizen.

Bermula dengan gosip panas yang mengatakan Elly bermasam muka dengan Azharina, kes rumah tangga Elly Mazlein juga turut disebut-sebut hingga ke GV3.

Kontroversi yang melanda Elly sebelum menjejakkan kaki ke pentas GV3 sedikit-sebanyak telah menambah kehangatan program realiti tersebut musim ini.

Lebih menarik lagi, GV3 juga telah menyebabkan kaki bola bergaduh dengan ‘isi rumah’ yang mahu menonton konsert yang berlangsung serentak dengan perlawanan bola sepak Piala Malaysia pada Ahad lepas.

Foto seorang lelaki yang sedang menonton perlawanan bola sepak Kedah menentang Selangor ketika menonton konsert ketiga GV3 di dalam auditorium malam Ahad lepas turut diviralkan netizen.

Selain foto ‘suami nak tengok bola, tapi kena teman isteri tengok GegarVaganza’, foto seorang lelaki yang berpakaian seperti DSV ketika menghadiri parti Halloween juga turut menjadi viral.

Hebat atau tidak penangan GV pada musim ini, anda nilaikanlah sendiri!

GV 3 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA pada setiap Ahad, pukul 9 malam serta boleh ditonton di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).

Konsert minggu keempat GV 3 bakal membawa tema DuetVaganza dan 10 bintang masih kekal berentap untuk merebut gelaran juara.

Jika anda terlepas menonton konsert minggu GV 3 atau ingin menonton secara 'live streaming' bersama Zakaria Anjang klik ---> GegarVaganza

Jom kita tengok foto di bawah, kreatifkan orang kita?