Bentuk badan terbaharu penyanyi Rihanna yang kelihatan lebih berisi menimbulkan spekulasi dia kini sedang hamil.

Sekeping fotonya yang dimuat naik ke laman Instagram (IG) The Shade Room telah menarik perhatian netizen dan media.

Foto yang dibidik paparazzi itu mendapat pelbagai reaksi termasuk yang mendakwa penyanyi itu sedang sedang berbadan dua.

Setakat ini, foto tersebut mendapatkan lebih 190 ribu like dan lebih 8,0000 komen dari peminat.

Bagaimanapun, sehingga kini masih belum ada kenyataan rasmi daripada pihak Rihanna mengenai spekulasi tersebut.

Sumber: Hollywood Life