Penyanyi Lufya Omar mengumumkan dia dan suami, Che Muhammad Hafiz bakal menjadi ibu dan ayah.

Lufya menerusi laman Instagram mengesahkan berita kehamilannya.

"Lulu & Ken. Soon to be mummy & daddy @luluandken
#alhamdulillah #preggymom #ramadan2017 #imnotfatbutamjustpregnant"

Entri tersebut telah dihujani komen-komen peminat dan pengikutnya yang telah mengucapkan tahniah serta mendoakan agar kehamilan Lufya dipermudahkan.

Lufya berkahwin pada 26 November tahun lalu dengan seorang doktor, Che Muhammad Hafiz Che Baharom.