Peminta sedekah kaya! Mungkin itu yang paling tepat untuk kami labelkan kepada seorang wanita jalanan yang diberkas Jabatan Kebajikan Pulau Pinang pada 24 Mei lalu.

Ketika ditahan Jabatan Kebajikan Pulau Pinang, wanita peminta sedekah tersebut memiliki RM 8,000 tunai bersamanya.

Malah, menurut laporan China Press, wanita tersebut turut memiliki RM40,000 dalam akaun simpanannya di bank dan sebuah rumah di tengah-tengah bandar Georgetown.

Menurut laporan akhbar itu lagi, wanita tersebut hidup sebatang kara kerana tidak memilik keluarga atau saudara mara dan bergantung hidup dengan meminta sedekah di jalanan.

Lebih mengejutkan apabila dalam laporan tersebut menyebut, peminta sedekah mampu memperoleh pendapatan sebanyak RM400 bersih setiap hari.

Ini kerana mereka sentiasa diberi makanan, tempat rehat dan mandi secara percuma.

Sumber: The Sun Daily.com