Tahniah Miss K ucapkan kepada Yuna dan Adam Sinclair yang bakal mengikat tali pertunangan selepas hari raya Aidilfitri ini.

Ramadan pun dah masuk hari ketiga, Miss K yakin Yuna dan Adam kini sedang sibuk membuat persiapan untuk majlis pertunangan mereka nanti.

Alamak! Miss K minta maaf sebab tak bagi intro tapi terus bercerita pasal majlis pertunangan pasangan sama cantik sama padan ini.

Bukannya apa, Miss K terlebih teruja apabila sumber menghantar berita gembira ini menerusi aplikasi Whatsapp malam tadi.

Menurut sumber yang Miss K panggil Dina itu, (eh! bukan Dina Era tau!) persiapan untuk pertunangan Yuna dan Adam sudah pun siap dan kini, ibu Yuna sedang fokus kepada majlis yang lebih besar, iaitu hari perkahwinan anaknya dengan adik kepada aktor Asyraf Sinclair itu, pada 28 Januari tahun hadapan.

Miss K yakin Dina tidak memberikan maklumat palsu kerana cara penyampaian menerusi ‘voice note’ yang dihantar, nada suaranya bersungguh!

Lagipun takkanlah Dina nak menipu, lebih-lebih lagi di bulan Ramadan dan perkara yang dikongsikan pun bukanlah cerita yang negatif! Ye tak?

Kepada Yuna dan Adam, sempena bulan baik ini Miss K ingin mengucapkan tahniah in advanced kepada anda berdua.

Semoga urusan Yuna dan Adam untuk kedua-dua majlis berjalan lancar dan dipermudahkan.

Miss K: Sedapnya Nasi Ayam Palam-Palam, Laksa Penang Abah dan Nasi Daging Bakar Stylobarz Corners di Karnival Ramadan UPM!