Pelakon dan pengacara genit, Elfira Loy mengakui mahu mencari bakal suami yang tahu menggunakan seterika untuk membantunya menggosok pakaian.

Menurut Elfira, dia mempunyai masalah untuk menggunakan seterika kerana setiap kali menggosok pakaian, ia tetap berkedut dan berlubang.

"Saya mahu berpesan kepada bakal suami supaya dapat membantu saya menggosok pakaian kerana saya mempunyai masalah menggunakannya.

"Itu merupakan salah satu kriteria yang perlu ada untuk menjadi pasangan saya pada masa depan," katanya yang ditemui ketika rakaman program Bas Ria Khas Ramadan baru-baru ini.

Bas Ria merupakan sebuah program bual bicara secara santai dalam berkongsi kisah-kisah peribadi artis yang tidak diketahui oleh orang ramai sebelum ini.

Bas Ria khas bersempena Ramadan bakal bersiaran pada setiap hari Rabu, pukul 11.00 malam bermula 31 Mei ini.

Selain Elfira, artis lain yang akan berkongi kisah mereka menerusi Bas Ria Ramadan ialah, Ernie Zakri, Shidi Data, Nabila Akademi Fantasia dan Aiman Hakim Ridza.

Bas Ria episod istimewa ini dibawakan khas oleh KFC Keju 3 Rasa. Sedap, Sesedap-Sedapnya ! Rasa Keju, Pedas Dan Masam, Digabung Bersama. Rasainya sekarang di KFC berhampiran anda.

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi