Pemain bola sepak paling mahal dunia, Paul Labile Pogba menyambut kedatangan bulan Ramadhan dengan menunaikan umrah di tanah suci Mekah.
Hal itu dikongsikan sendiri di laman Instagramnya menerusi sekeping gambar dia berada di hadapan Kaabah.
Pogba menulis kapsyen berbunyi;
"Perkara paling cantik pernah saya lihat dalam hidup saya (Most beautiful thing I've seen in my life."Pogba, 24, menjadi pemain bola sepak termahal dalam sejarah dunia apabila kelab bola sepak Manchester United membayar Juventus sebanyak 89 juta Euro (RM487 juta) untuk menyerapkannya masuk ke dalam pasukan itu.
Rabu lalu, Pogba menjulang piala Liga Eropah selepas Manchester United membenam Ajax semasa perlawanan akhir di Stockholm, Sweden.
Selepas tamat musim perlawanan, Pogba berkongsi rakaman video membawa beg pakaian sambil berkata dia dalam perjalanan untuk menunaikan ibadah.
Pogba dilaporkan pernah sekali ke Mekah untuk menunaikan ibadah haji sebelum ini.
Olahan oleh: Amri Hassan
Sumber: BBC
Pelakon Dr Pontianak Alami Kisah Mistik Diganggu Hantu! | Singgah Set
Kimberly Chuah bagitahu kat Cik Bam yang diorang diganggu perkara mistik ketika penggambaran Dr Pontianak. Sharifah Sakinah pulak tak puas hati Cik Bam datang time dah nak habis waktu shooting. Mierul Aiman sempat bagi pickup line kat Cik Bam.
Jom strim sampai habis!
Kalau korang nak layan lagi moment-moment panas yang terjadi di set drama, korang boleh saksikan #SinggahSet setiap Jumaat, 5:00 petang di www.gempak.com! Confirm panas!
Saksikan #DrPontianak
Mulai 3 Mei 2024, setiap Jumaat, 10 Malam di Astro Warna dan Strim Astro GO
Terbitan: KL MOTION PICTURES CO.
Arahan: Wan Alauddin (Alak) & Wan Hasliza Wan Zainuddin
Bersama dengan Mierul Aiman, Sharifah Sakinah, Kimberly Chuah, Rashidi Ishak, Sathis Varan & pelakon-pelakon hebat yang lain.
#AstroBaharu #DrPontianak #AstroBaharu #TakMacamDulu #BamBamStudios #MasaBersama #MerapatkanKita