Pelakon popular Indonesia, Irwansyah telah mendapat pujian daripada peminatnya setelah memuat naik video dia sedang membaca ayat suci al-Quran di Instagram (IG).

Sabtu lalu, pelakon itu telah memuat naik videonya yang sedang membaca surah An-Naba (ayat 78).

Hari ini, sekali lagi Irwansyah telah berkongsi dengan pengikutnya rakaman videonya sedang membaca surah Al-Ma’un (ayat 107).

Menerusi perkongsian tersebut, rata-rata peminatnya amat mengagumi kemahiran dan kemerduan suara pelakon itu bertadarus.

“MasyAllah… Merdu sekali, lancar pula bacaannya, tajwidnya pun luar biasa,” ucap Slmyfauziah.



“MasyAllah… Bukan sahaja kacak tapi pandai mengaji, suaranya sedap pula,” puji Shemilliekitty.



“SubhanAllah… MasyAllah... merdunya suara al-Quran yg dibaca,” tulis Ka_amelia.


Selain memuji bacaan dan suara merdu pelakon filem Heart itu, peminatnya turut memuji Irwansyah kerana mengajak pengikutnya memperbanyakkan ibadah sepanjang bulan Ramadan.

Irwansyah juga telah berkongsi video tersebut dengan kapsyen ”Alhamdulillah udah hari ke 3 aja, waktu cepat sekali berlalu. Semoga amal ibadah puasa kita semua di terima Allah SWT amiiiin.”

Berikut kami kongsikan video Irwansyah sedang mengaji yang telah dimuat naik di IGnya:

Alhamdulilah udah hari ke 3 aja, waktu cepat sekali berlalu. semoga amal iibadah puasa kita semua di terima Allah SWT amiiiiin #ramadhanmubarak

A post shared by Irwansyah (@irwansyah_15) on


Alhamdulillah, puasa pertama telah dilalui. Semoga kita selalu istiqomah dalam ibadah & menebar kebaikan ya.. #ramadhandihati

A post shared by Irwansyah (@irwansyah_15) on


Teks oleh : Izzat Ridzwan