Kurang seminggu dilahirkan, anak kepada pelakon Sharifah Sakinah sudah dieksploitasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dengan cara membuat Instagram palsu.

Kesempatan itu juga mengundang rasa marah Sakinah lantas mendedahkan perkara itu di Instastory miliknya.

Terdapat lebih daripada lima akaun palsu yang menggunakan gambar-gambar dan nama anak perempuannya, Anais Adha.

"So many fake ig meh? I'm hangry (Kenapa banyak sangat IG palsu? Saya marah)," tulisnya.

Tegas Sakinah, satu-satunya Instagram rasmi anak sulungnya ialah @Anais.Adha dan akaun selain daripada itu adalah palsu.



Sakinah telah melahirkan anak perempuannya pada Rabu lalu, kira-kira pukul 9 pagi di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur.

Artis Lawak Wanita Popular itu berkahwin dengan Aliff Adha Jamil pada tahun 2015.







Teks oleh: Amri Hassan