Menyambut kedatangan bulan Ramadhan tanpa kehadiran suami tercinta, Johan Nawawi, pertama kalinya sukar bagi penyanyi Nora Ariffin.

Berkongsi luahan hatinya di laman Instagram miliknya, pelantun lagu Hanya Satu itu berkata dia mencuba sedaya upaya untuk tidak menitiskan air mata terutama di hadapan anak bongsunya, Putri Nur Fatehah, 5.

"Selamat menyambut Ramadan. Saya sedang mencuba sedaya upaya untuk tidak menitiskan air mata. Hanya Allah yang tahu. Ketika tarawih, tiba-tiba Putri meluahkan rindu terhadap arwah papanya.

"Berdoalah sayang, semoga kita bertemu papa di jannah nanti, insya-Allah. Ya Allah, berikanlah kekuatan kepada kami sekeluarga," luah Nora.

Selamat menyambut Ramadhan.. Saya sedang mencuba sedaya upaya utk tidak menitiskan airmata... Tapi Allah saja yg tahu.... Waktu terawih, tiba2 Putri ckp...mama...I miss papa?? Berdoalah sayang...moga kita bertemu papa dijannah nanti... In Shaa Allah. Ya Allah berikanlah kekuatan kpd kami sekeluarga. Selamat buat semua.

A post shared by NORA ARIFFIN (@itsnoraariffin) on



Nora turut kongsikan rutin tahunan meraikan bulan Ramadan bersama arwah suaminya.

"Sudah menjadi rutin biasa, selepas tarawih abang akan tunggu saya dan Putri depan pintu. Kemudian saya akan salam tangan abang, kita moreh sama-sama dan pulang sama-sama.

"Semoga di sana nanti abang juga akan tunggu saya seperti abang tunggu di dunia.

"Tak sangka Ramadhan tahun lalu adalah kali terakhir untuk abang. Kali terakhir juga saya mencium tangan abang di bulan Ramadhan. Saya nak jumpa abang lagi," tulis Nora.

Tinggal kenangan. Sudah menjadi rutin biasa, after terawih abang akn tunggu I & putri depan pintu. Then I akn salam abang...kita moreh & pulang sama2.? Kalau di Mekah, after terawih pun sama, abang akn tunggu dan bawak I jalan- jalan dan minum coffee. Seronok sangat. Semoga disana nanti, abang juga akn tunggu I mcm abang tunggu didunia. Tak sangka Ramadhan tahun lalu adalah kali terakhir utk abang.. Kali terakhir juga I mencium tangan abang di bulan Ramadhan. I nak jumpa abang lagi. Al- Fatihah buat suamiku yg makin dirindui. JOHAN NAWAWI.. 1966-2017

A post shared by NORA ARIFFIN (@itsnoraariffin) on



Johan menghembuskan nafas terakhir jam 6.30 pagi pada 24 Mac lalu di Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) kerana serangan jantung.

Allahyarham adalah komposer terkenal yang mencipta nama sejak dekad 1980-an dan antara sentuhan popular pernah dihasilkannya termasuk Hanya Satu, Desa Tercinta, Samudera dan Naluri (Hadirlah Kekasih) yang dinyanyikan Nora.

Teks oleh: Amri Hassan