Pelakon, Yana Samsudin akui anaknya Aisy Mateen tidak banyak ragam ketika dibawa ke tempat kerja.

Yana berkata putera sulungnya itu kurang meragam seolah-olah memahami kesibukan dan kerjaya ibunya.

“Alhamdulillah, setakat ini anak saya mudah dijaga dan tidak banyak karenah. Semua urusan kerja saya dipermudahkan.

“Kadang-kadang timbul juga rasa kagum sabab Mateen seolah-olah pandai pilih masa untuk ‘cranky’. Bila di set penggambaran dia okay saya, tapi sebaik saja selesai dan saya masuk sahaja dalam kereta waktu itu dia mula merengek.

“Saya boleh katakan Mateen seorang pengembara kerana sering ikut saya dan suami bekerja di mana saja.

“Setiap anak kecil berlainan karenahnya dan saya bersyukur kerana Mateen tidak banyak ragam,” katanya.

Teks oleh: Mya Amri