Parichat Pang Chatsri, 26, tidak sesekali menyangka kerjaya sebagai jururawat menjadikan dia semakin dikenali.

Bukan kerana kredibiliti tetapi etika berpakaian seksi.

Namanya mula menjadi sebutan sejak awal bulan ini apabila ada individu tidak bertanggungjawab menyebarkan gambar peribadinya di Facebook Thai Nurse Lovers Association.

Beberapa keping gambar Parichat memakai uniform jururawat dengan skirt singkat di sebuah hospital swasta di Isan, Thailand, dikatakan sengaja dipakai untuk menunjuk-nunjuk.

Jika di negara Barat, cara berpakaian itu tidak disalah anggap, namun di Thailand ia disifatkan berunsur provokasi dan melanggar norma ketimuran.

Menjawab tuduhan negatif yang dilemparkan kepadanya, Parichat tampil membuat permohonan maaf.

"Saya sudah menjelaskan kepada badan tertinggi hospital tempat saya bekerja namun mereka melihat daripada saya merendahkan reputasi hospital.

"Saya akur dan faham, jadi saya mengambil tanggungjawab ini untuk meletak jawatan.

"Saya memohon maaf kepada Majlis Kejururawatan dan Perbidanan Thailand dan saya harap masyarakat tidak membuat penilaian negatif kepada petugas lain kerana silap saya," jelasnya.

Teks oleh: Amri Hassan
Sumber: Next Shark