Aktor, Shah Rukh Khan telah mengajar Brad Pitt gerak tarian Bollywood secara spontan dalam satu sesi temu bual sebuah program di Mumbai, India kemarin.

Momen pertemuan dua aktor bertaraf dunia, Brad Pitt dan Shah Rukh Khan untuk memperomosikan filem baru Hollywood , War Machine itu mencuri perhatian umum.

Selain berbual tentang filem yang dibintangi Brad Pitt, Shah Rukh Khan sempat mengajar bekas suami Angelina Jolie itu gerak tarian Bollywood.

Menurut laporan Conected To India, Brad Pitt mengaku kepada Shah Rukh Khan bahawa dia sebenarnya tidak boleh menari dan menyanyi. Shah Rukh Khan kemudian bersemangat mengajak Brad Pitt menari.

Bintang Dilwale ini juga mengakui dia tidak pandai menyanyi tetapi dia boleh mengajar Brad menari sambil menggoyangkan badannya.

Sebagai respon balas, Brad Pitt hanya tertawa dan kelihatan malu-malu untuk mengikuti aksi dan gaya sama seperti 'Raja Bollywood' itu.