Pelawak Dzawin akui terkejut apabila ada peminatnya yang bergaduh selepas dia memuatnaik foto bersama kekasih.

"Saya sebenarnya terkejut apabila membaca pelbagai komen daripada peminat selepas memuat naik gambar bersama kekasih di akaun media sosial Instagram.

"Ada diantara yang menyokong dan ada juga yang kecewa selepas tahu saya sebenarnya sudah mempunyai kekasih.

"Namun saya berharap agar mereka tidak bergaduh lagi dan dapat membezakan di antara hal peribadi saya dengan kerjaya serta terima bakat yang ada ini," katanya kepada Astro Gempak.

Dzawin berkata demikian ketika ditemui pada sesi pengambaran program Sukan Ke Laut, di Sports Affairs, Cheras, pada Khamis.

Tambah Dzawin, 26, dia sudah mengenali kekasihnya itu sudah lama dan akan berkahwin tidak lama lagi.

"Kami mengenali di antara satu sama lain sejak tiga tahun lalu dan akan berkahwin sama ada hujung tahun ini ataupun pada awal tahun depan," katanya.

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi