Alami Masalah Usus, Ezad Lazim Akui Emosi Terganggu

2 November 2016. 1.25 PM
13,569
Hiburan
Alami Masalah Usus, Ezad Lazim Akui Emosi Terganggu
Bekas bintang GegarVaganza 2 (GV 2), Ezad Lazim mengakui emosinya terganggu semenjak mengalami masalah usus.

"Semenjak saya mengalami simptom penyakit 'gerd' bermula Jun lalu, saya sering muntah-muntah dan dikejarkan ke hospital. Saya akui, emosi saya terganggu.

"Saya tidak boleh menerima tekanan kerana apabila saya stress, saya kembali sakit. Perkara ini sedikit sebanyak menggangu fikiran saya," kata Ezad kepada Astro Gempak.

Tidak mengambil tawaran persembahan selama satu bulan kerana sakit, Ezad kini kembali menyanyi.

"Selepas berubat, saya semakin sihat. Selepas berehat selama sebulan, saya semakin sembuh. Saya pulih secara perlahan-lahan. Alhamdulillah, saya kini sudah sihat 80 peratus," katanya ketika ditemui di sidang media Separuh Akhir Muzik Muzik 31 pada Selasa.

Ezad berjaya mara ke peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik 31 menerusi lagu Demi Cinta, ciptaan dirinya sendiri bersama Mohd Yassin dan lirik oleh Iman Imran.

Selain lagu Demi Cinta, Separuh Akhir Muzik Muzik 31 akan turut menyaksikan 29 lagu lain bertanding untuk merebut tempat ke Anugerah Juara Lagu 31 yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Saksikan Separuh Akhir Muzik Muzik 31 yang bersiaran secara langsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral Shah Alam pada 4 dan 11 November ini bermula jam 9.00 malam di TV3.

Teks oleh: Kamaruddin Razal







Artikel Berkaitan