Selepas Pahang tewas 2-3 menentang Kedah pada perlawanan akhir Piala FA 2017 baru-baru ini, penyanyi Datuk Siti Nurhaliza telah mengotakan janjinya kepada pendengar radio Era fm dengan menyanyikan lagu ‘Hang Pi Mana’.

Pengurus Siti, Rozi Abdul Razak menerusi entri di laman Facebook (FB)nya memberitahu penyanyi nombor satu negara itu merakamkan lagu ‘Hang Pi Mana’ selepas tamat program Gema Gegar Vaganza pada Ahad lepas.

Untuk pengetahuan anda semua, demi menunaikan janjinya Siti telah merakamkan lagu nyanyian Khalifah Band itu ketika suaminya sedang tidur.

Di bawah Astro Gempak kongsikan entri yang dimuatnaik Rozi di FBnya dua hari lalu:




Rakaman suara Siti telah dimainkan oleh JoHaRa pagi Era pada Isnin lalu.




Terdahulu, Siti telah membuat ‘perjanjian’ untuk menyanyikan lagu ‘Hang Pi Mana’ sekiranya Pahang tewas dalam perlawanan akhir Piala FA 2017 menentang Kedah.

Siti telah berjanji kepada pendengar Era fm ketika mempromosikan album terbarunya ‘SimetriSiti’ di Petang Era bersama Dina dan Mamak.