Bersempena Ramadan ini Digi, bakal membawa selebriti popular seperti Alif Satar, Siti Saleha, Tomok, Akim & Stacy, Izue Islam, Ray Era dan Sherry Ibrahim menjelajah bazaar Ramadan popular di seluruh negara.

Sajian Hati Digi dibawakan bersempena tema yang ‘Kasih Sayang’ yang dipilih sebagai kempen Ramadan tahun ini.

Jelajah Sajian Hati Digi bakal memaparkan selebriti jemputan ke lapan bazaar Ramadan terpilih untuk mencari juadah terbaik untuk yang tersayang.

Lebih menarik lagi, program yang dihoskan oleh Ray Era ini bakal disiarkan secara langsung di Facebook dan selebriti jemputan bakal mendedahkan tentang insan yang paling mereka sayang.

Antara bazaar Ramadan yang terpilih di sekitar Lembah Kelang ialah Shah Alam, Kampung Baru dan Kelana Jaya.

Selain itu, bazaar Ramadan di luar Lembah Kelang yang telah dipilih untuk kempen ini ialah Alor Setar, Kota Kinabalu, Kota Bharu dan Johor Bahru.

Kepada anda yang ingin melihat selebriti ini secara dekat menerusi kempen Sajian Hati Digi, di bawah kami kongsikan tarikh dan lokasi:



Berita baik untuk pelanggan Digi, dapatkan aplikasi MyDigi di App Store dan Google Play Store kerana pelbagai tawaran menarik untuk anda nikmati sepanjang Ramadan ini seperti menebus juadah berbuka dan perkhidmatan Grab ke bazaar.

Bersempena Ramadan ini juga Digi Prepaid™ menawarkan biGBonus sehingga 30GB internet pantas serendah RM3 sebulan, dapatkan sekarang sepanjang bulan ini.

Anda pengguna Digi Postpaid™ 80? Jangan bimbang kerana AnytimeBonus menawarkan hanya tambah RM5 untuk 20GB internet sepanjang bulan ini.

Kepada yang masih belum menggunakan perkhidmatan Digi, cubalah sekarang untuk menikmati tawaran istimewa ini!