Pelakon kacak Zac Efron mendedahkan dia seronok apabila melakonkan babak penyamaran sebagai wanita dalam filem terbaharunya, Baywatch.

Menerusi babak tersebut, Zac digandingkan bersama The Rock yang memerlukan dia memakai dres paras paha, kasut tumit tinggi, bersolek dan menggayakan rambut palsu potongan brunette.

"Ia sangat sukar sebenarnya. Saya perlu memberikan kerjasama sepenuhnya dan yakin untuk menjayakan peranan itu.

"Sekarang barulah saya faham betapa sukarnya berjalan menggunakan kasut tumit tinggi.



"Tetapi akhirnya babak itu sebenarnya menyeronokkan," katanya dalam satu temubual bersama media antarabangsa.

Filem terbaharu Baywatch menyaksikan Zac Efron melakonkan watak Matt Brody, seorang rekrut bawah penyeliaan Mitch Buchanan (Dwayne Johnson) untuk menjadi pengawal pantai.

Turut membintangi filem itu ialah Priyanka Chopra, Kelly Rohrbach, Alexandra Daddario dan kemunculan khas Pamela Anderson.

Baywatch akan mula ditayangkan di Malaysia pada 25 Mac.





Teks oleh: Amri Hassan
Sumber: NewNowNext