Jika baju original jenama Supreme biasanya dijual pada harga antara RM300 hingga RM500 sehelai, sudah tentu rekaan edisi terhad Supreme akan mencecah harga yang luar biasa.

Menerusi laman sesawang Grailed, seorang pengumpul tegar jenama Supreme, @seattle_supreme telah mengiklankan baju Supreme X Sopranos dengan harga AS$5,400 (RM23,000).

Baju tersebut merupakan sebahagian daripada koleksi khas yang dikeluarkan pada tahun 2005 berkolaborasi dengan drama bersiri televisyen popular, The Sopranos.

Uniknya, logo Supreme diubahsuai pada huruf R menjadi bentuk pistol yang mana ikon itu popular dalam siri televisyen The Sopranos.

Kuantiti cetakan Supreme pada baju edisi khas yang dikeluarkan itu juga terhad.

Bagaimanapun, baju Supreme yang telah diiklankan oleh pengguna itu kali terakhir telah dibida pada harga AS$3,800 (RM16,000).

Pemiliknya tidak mendedahkan nilai terakhir baju tersebut sebelum berpindah milik.

Antara produk jenama Supreme lain yang pernah dijual pada harga mahal ialah jaket musim panas 2008 (RM6,694), papan luncur musim panas (RM33,000) dan jam tangan Submarine Supreme X ROlex 2013 (RM111,580).



Teks oleh: Amri Hassan
Sumber: Complex