Sharifah Nur'Insyirah Saifuddin Shah, 25, sering berdepan masalah terutama melibatkan urusan rasmi kerana memiliki dua kad pengenalan.

Hal itu disebabkan namanya yang terlalu panjang dan ruang tempat nama terhad pada kad pengenalan.

"Memang betul saya ada dua pengenalan diri kerana nama saya agak panjang.

"Jadi kad pengenalan saya hanya ada nama saya tanpa nama bapa," katanya kepada Sinar Harian.

Nur'Insyirah kini sedang melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di Kursk State Medical University, Rusia.

"Saya selalu berdepan masalah kalau ada urusan rasmi termasuk Jabatan Imigresen, bukan hanya di Malaysia tetapi juga di Rusia.

"Malah ketika menduduki peperiksaan di sekolah rendah lagi saya perlu isi dua borang kerana ruang nama tidak cukup dan saya perlukan masa lama untuk selesaikan setiap urusan," tambahnya gadis yang berasal dari Batu Pahat, Johor itu.

Bagaimanapun, selepas habis pengajian di Rusia, gadis itu akan menukar kad pengenalan baharu yang mempunyai ruang nama lebih panjang.

Olahan oleh: Amri Hassan
Sumber: Sinar Harian