Peminat Samakan #FattZura Dengan David & Victoria Beckham

23 Mei 2017. 6.00 PM
11,250
Hiburan
Peminat Samakan #FattZura Dengan David & Victoria Beckham
Biarpun baru bersiaran, drama bersiri Hero Seorang Cinderella telah mula mencuri perhatian ramai pihak.
 
Dibintangi oleh Fattah Amin dan Nur Fazura, peminat telah mula memperkatakan mengenai drama bersiri arahan bersama Michael Ang dan Hadith Omar ini.
 
Mengumpul kelompok peminat tersendiri, penonton sememangnya tidak sabar menantikan gandingan sulung Fattah dan Fazura yang mereka gelarkan sebagai #FattZura.
 
Terbaru, peminat bertambah teruja melihat foto-foto penggambaran Hero Seorang Cinderella yang kini sedang berlangsung di Amsterdam.
 
Menerusi beberapa entri peminat Hero Seorang Cinderella di laman Instagram, peminat menyamakan foto-foto #FattZura di Amsterdam dengan beberapa fofo pasangan terkenal antarabangsa, David dan Victoria Beckham.
 
Selain itu, peminat juga mula berkongsi foto-foto belakang tabir drama bersiri tersebut di laman sosial masing-masing.
 
Jangan lupa saksikan Hero Seorang Cinderella bermula 22 Mei, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).
 
Gunakan hashtag #HeroSeorangCinderella untuk berinteraksi mengenai drama bersiri ini di laman sosial.

Dapatkan bantal edisi terhad Hero Seorang Cinderella dengan berbelanja sebanyak RM199 (maksimum penggabungan dua resit dalam satu hari) di pusat membeli belah Quill City Mall KL! Quill City Mall KL, Destinasi Gaya Hidup Terkini di Pusat Bandaraya Kuala Lumpur! #QuillCityMallKL #KasihdanCinta.
 

Artikel Berkaitan


Komen