Dua letupan dilaporkan berlaku ketika konsert Ariana Grande berlangsung di Manchester Arena, United Kingdom.

Insiden yang berlaku pagi tadi itu telah meragut 19 nyawa dan mencederakan 50 yang lain.

Terdahulu, portal BBC meletakkan jumlah korban mencecah 10 orang, manakala polis sedang menyiasat kes itu sebagai insiden keganasan.

Menerusi akaun Twitter Greater Manchester, polis turut meminta orang ramai agar tidak mengunjungi lokasi berkenaan.

Rakaman video menunjukkan keadaan bertukar kecoh di Manchester Arena apabila ribuan penonton lari bertempiaran selepas mendengar bunyi letupan.

Saksi kejadian melaporkan ternampak kira-kira 20 ke 30 orang terbaring di atas lantai konsert di mana letupan dilaporkan berlaku

Penyanyi Ariana Grande bagaimanapun dilaporkan dalam keadaan selamat.

Sumber: BBC