Lina Tan Sukar Cari Pelakon Muda Berbakat

2 November 2016. 4.19 PM
6,764
Hiburan
Lina Tan Sukar Cari Pelakon Muda Berbakat

Pengasas Red Communication Lina Tan 47, akui sukar mencari pelakon muda dan berbakat besar untuk membintangi filem terbarunya pada tahun hadapan.

Menurut Lina, sesi ujibakat sudah dijalankan namun masih belum menepati citarasanya serta bakat yang ditonjolkan tidak menepati piawaian ditetapkan.

“Saya sedang berusaha mencari pelakon-pelakon baru yang berusia bawah 25 tahun, terutama pelakon wanita yang muda.

“Kebanyakan pelakon wanita di Malaysia yang berbakat usia mereka sudah mencecah 30an dan berada dilandasan tersendiri.

“Untuk projek filem baru, saya perlukan wajah-wajah segar agar industri filem kita tidak tandus dengan muka yang sama sahaja.

“Saya akan terus berusaha mencari seperti mana saya kembangkan karier pelakon yang saya buat sebelum ini seperti Fazura, Sara Ali, Nad Zainal dan Zarina,” kata Lina kepada portal Astro Gempak di Majlis Pelancaran Saluran Boo di ibu negara baru-baru ini.

Tambah Lina lagi, pelakon lelaki untuk filem terbarunya sudah dipilih hasil kerjasama dengan produksi filem Myanmar.

"Saya memilih Aung Ye Lin kerana namanya di sana sangat kukuh dan popularitinya tetapi judul filem masih belum diputuskan.

"Oleh itu saya  saya perlu mencari gandingan yang betul-betul sesuai untuk Ye Lin.

“Mengikut perancangan sesi penggambaran filem ini sepatutnya bermula akhir tahun ini tetapi ditunda pada bulan Feb 2017,” ujarnya dengan panjang lebar.

Lina Tan antara produksi filem tempatan yang banyak menghasilkan filem urban yang diminati ramai seperti Gold dan Gincu, Pisau Cukur, Songlap dan Manisnya Cinta Di Cappadocia.

Teks Oleh: Mohd Ishahrulddin Tahir 


Artikel Berkaitan


Komen