Aksi lucu pelawak popular Korea, Jang Do Yeon di karpet merah Anugerah Baeksang Art ke-53 yang berlangsung pada 3 Mei lalu tular di media sosial dan telah ditonton lebih 4.5 juta kali sejak ia dikongsi di laman Facebook.

Jang Do Yeon mencuri tumpuan peminat ketika melalui karpet merah apabila mengangkat tangan dan menunjukkan simbol keamanan sebelum membuat beberapa aksi lucu.

Rata-rata netizen termasuk dari Malaysia terhibur dengan aksi selamba dipamerkan pelawak Korea Selatan itu dan telah meninggalkan pelbagai komen.

Selain ditonton lebih 4.5 juta kali, video tersebut turut menerima 9.5 ribu komen dan 22,594 perkongsian.

Di bawah Astro Gempak kongsikan video Jang Do Yeon dengan aksinya yang mencuit hati!