Penyanyi Hollywood Beyonce, 36, yang kini sarat mengandung bayi kembar dilihat baru sahaja mengadakan acara ‘Baby Shower’ bersama suami, rakan-rakan dan ahli keluarga terdekat semalam (Ahad).

Menurut laporan Daily Mail, acara ‘Baby Shower’ bertemakan ‘African’ itu diadakan secara tertutup.

Beyonce juga telah berkongsi beberapa foto sekitar majlis tersebut menerusi laman Instagram (IG) miliknya sekaligus mengundang perasaan teruja di kalangan peminat.

Rata-rata peminatnya meluahkan rasa tidak sabar mereka untuk melihat bayi kembar tersebut selain ada di antara mereka yang mendoakan keselamatan Beyonce semasa melahirkan nanti.


Selain foto, keadaan perut Beyonce yang sarat dan dilukis tatu inai juga telah menarik perhatian ramai.

Acara yang telah diadakan di Baverly Hills itu dimeriahkan lagi dengan kehadiran selebriti lain seperti Kelly Rowland dan Michelle Williams.

Beyonce dan suami, Jay Z telah berkahwin pada 2008 dan kini dikurniakan seorang anak perempuan bernama Blue Ivy.

Pada awal Januari 2017, Beyonce telah mengejutkan peminatya dengan berita kehamilan bayi kembar dan dijadual akan melahirkan bayi tersebut pada Julai akan datang.

A post shared by Beyoncé (@beyonce) on


A post shared by Beyoncé (@beyonce) on


A post shared by Beyoncé (@beyonce) on



Teks oleh : Izzat Ridzwan