Aktor Bollywood popular, Hrithik Roshan dilaporkan telah menghadiahkan sebuah rumah mewah kepada bekas isterinya, Sussanne Khan.

Menurut laporan Mirror, Hrithik Roshan telah membeli sebuah rumah baru untuk memastikan keselesaan anak-anaknya.

"Hrithik telah memberi hadiah sebuah rumah untuk bekas isterinya kerana ingin memastikan Sussanne dan anak-anaknya tinggal berdekatan.

"Rumah tersebut dikatakan tidak jauh daripada tempat tinggal Hrithik dan ia juga bagi memudahkan mereka untuk keluar bersama.

"Sussanne dan juga anak-anaknya akan berpindah ke rumah baru tersebut dalam masa terdekat ini," kata sumber.

Hrithik masih lagi behubung dengan baik dengan bekas isterinya walaupun sudah berpisah dan tidak bergelar suami isteri.

Hrithik berkahwin dengan Susanne pada Oktober 2000. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua orang anak lelaki, Hrehaan Roshan dan Hridhaan Roshan.

Mereka mengambil keputusan untuk berpisah pada November 2014.