Penyanyi tersohor negara, Dato' Siti Nurhaliza menerusi akaun Instagram memuat naik foto memek muka menangis selepas Pahang tewas 2-3 menentang Kedah, Piala FA malam tadi.

Sementara Dato' Sri Khalid Mohd Jiwa yang menyokong Kedah pula tersenyum gembira menerusi foto yang dimuat naik bersama penyanyi tersebut.

Siti menerusi kapsyennya seolah-olah reda dengan keputusan malam itu apabila menulis "oklaaa" ditambah emoji sedih dan menangis.

oklaaa ???

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

Siti kemudian telah dihujani komen daripada peminat yang rata-rata menuntut penyanyi berkenaan menyanyikan Lagu Hang Pi Mana nyanyian kumpulan Khalifah seperti yang dijanjikan sekiranya Piala FA gagal dibawa pulang ke Pahang.

Tidak ketinggalan juga ada yang mengatakan mereka berdua merupakan pasangan yang sweet daripada foto yang dimuat naik.

Siti dan Khalid difahamkan hanya menonton perlawanan tersebut di rumah sahaja.

Teks oleh: Syafiqah Jalal