Pelakon Neelofa telah muncul dalam sebuah video untuk kempen Raya bagi jenama tudungnya, Naelofar Hijab baru-baru ini.

Video yang dimuat naik oleh NH Prima International ke laman Youtube itu memaparkan Neelofa sendiri sebagai pelakon utama bersama seorang pelakon lelaki.

Ia berdurasi lebih 12 minit dan mengisahkan tentang pertemuan dua insan yang akhirnya saling mencintai.

Pemilik Naelofa Hijab itu dalam kenyataannya kepada media sebelum ini mengakui video yang berjudul NH Raya Campaign 2017- True Love itu diinspirasikan daripada kisah cintanya sendiri.

Malah menerusi komen-komen yang ditinggalkan di laman Youtube, rata-rata merumuskan kisah cinta itu seperti seakan sama dengan perjalanan kisah pelakon itu dan Fattah Amin sebelum ini.

Neelofa bagaimanapun dalam kenyataan kepada media memberitahu tidak kisah jika peminat mengaitkan video dan lagu itu dengan fenomena Lofattah sebelum ini.

Berikut merupakan video penuh berkenaan: