Penyanyi Aaron Abdul telah membuka kedai gunting rambut dan salun NeedACut Barbershop (NAC) baru-baru ini.

Kedai gunting rambut itu merupakan cawangan kedua salun miliknya yang dibuka di TTTDI Jaya Shah Alam.

Pelantun lagu Prasangka itu sebelum ini merupakan tukang gunting rambut sejak 2014 apabila memulakan perniagaannya di cawangan pertama dengan hanya dua orang pekerja termasuk dirinya dan kini.

Ramai artis dan selebriti pernah mendapatkan sentuhan tangan magis Aaron Abdul, antaranya seperti Amy Search, Sharnaaz Ahmad, Sufian Suhaimi, Beto Kusyairy, Nana Mahazan, Elizabeth Tan, Radin ERA dan CK Faizal.

Membawa konsep ‘feels like home’, turut menjadi tarikan apabila berkunjung ke NAC adalah kehadiran sembilan ekor kucing Parsi yang comel.

Pelbagai perkhidmatan rambut ditawarkan di NAC termasuk haircut, hair wash, relaxing, rebonding, colouring, treatment dan juga facial mask.