Penyanyi Rock, Chris Cornell Mati Bunuh Diri

19 Mei 2017. 2.30 PM
1,044
Hiburan
Penyanyi Rock, Chris Cornell Mati Bunuh Diri
Penyanyi rock  kumpulan Soundgarden,  Chris Cornell dilaporkan meninggal dunia secara mengejut di suia 52 tahun.

Menurut USA Today, polis tidak menolak kemungkinan kematian itu sebagai bunuh diri.

Cornell yang berasal dari Seattle, Amerika Syarikat (AS) itu ditemukan mati di bilik air sebuah hotel di Detroit tempat dia menginap malam semalam.

Ia ditemui beberapa jam selepas kumpulan terbabit membuat persembahan di bandar tersebut.

“Isteri penyanyi itu, Vicky dan keluarganya terkejut apabila mendapat khabar tentang kematian Cornel secara mengejut,” kata jurucakap penyanyi berkenaan, Brian Bumbery dalam satu kenyataan.

Sumber: USA Today

Artikel Berkaitan


Komen