Kecomelan Aaisyah Di Ulang Tahun Keduanya Jadi Perhatian

2 November 2016. 7.19 PM
128,787
Hiburan
Kecomelan Aaisyah Di Ulang Tahun Keduanya Jadi Perhatian
Cepat sungguh masa berlalu, semakin membesar anak pelakon dan ahli perniagaan terkenal, Rozita Che Wan, iaitu Aaisyah.

Si comel yang bernama Aaisyah Dhia Rana sentiasa menjadi perhatian umum kerana kecomelannya telah meraikan ulang tahun kedua hari lahirnya, semalam (Isnin)

Menerusi muatnaik gambar di akaun instagram @rozitachewan1, pelbagai gambar menarik dikongsi ketika menyambut ulang tahun kelahiran Aaisyah.

Aaisyah dilihat sangat comel dengan mengenakan pakaian hijau yang dipakai serta menunjukkan pelbagai memek muka yang bersahaja.

Majlis tersebut dilakukan secara tertutup di sebuah hotel terkemuka di ibu kota yang hanya dihadiri keluarga dan kenalan terdekatnya.

Aaisyah dilahirkan secara normal pada 1 November 2014 di Hospital Ampang Puteri.

Namun, menurut laporan dari BH Online, Che Ta telah merancang untuk membuat majlis sambutan ulang tahun Aaisyah di London namun terpaksa membatalkannya kerana masalah cukai dihadapi menyebabkan perjalanannya ke luar negara disekat buat sementara waktu.

Jom lihat gambar semasa sambutan ulang tahun kedua Aaisyah :

#aaisyahdhiarana #aaisyahdhiaranaturns2 #01112016 #RCmemories #RCKL . . 👗 @qudynaziz . Deco @qudynaziz . 📷 @qmlrl

A photo posted by Rozita Che Wan (@rozitachewan1) on

#aaisyahdhiarana #aaisyahdhiaranaturns2 #01112016 #RCmemories #RCKL . . 👗 @qudynaziz . 📷 @qmlrl . Deco @qudynaziz

A photo posted by Rozita Che Wan (@rozitachewan1) on

#aaisyahdhiarana #aaisyahdhiaranaturns2 #01112016 #RCmemories #RCKL . . 👗 @qudynaziz . Deco @qudynaziz . 📷 @qmlrl

A photo posted by Rozita Che Wan (@rozitachewan1) on

#aaisyahdhiarana #aaisyahdhiaranaturns2 #01112016 #RCmemories #RCKL . . 👗 @qudynaziz . Deco @qudynaziz . 📷 @qmlrl

A photo posted by Rozita Che Wan (@rozitachewan1) on

#aaisyahdhiarana #aaisyahdhiaranaturns2 #01112016 #RCmemories #RCKL . . 👗 @qudynaziz . Deco @qudynaziz . 📷 @qmlrl

A photo posted by Rozita Che Wan (@rozitachewan1) on

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi

Artikel Berkaitan

Komen