Anggota kumpulan Red Velvet, Joy akui sukar untuk membahagaikan masa antara kerjaya lakonan dan juga nyanyian.

Joy berkata dia berasa bimbang sekiranya tidak dapat memberikan komitmen dan juga fokus terhadap dua bidang tersebut.

“Selepas terlibat dalam bidang lakonan, saya sedar bukan mudah untuk membahagikan masa lebih-lebih lagi sewaktu kumpulan Red Velvet sibuk dengan promosi mini album terbaru, Rookie.

“Jujur katakan saya berasa agak risau dan khuatir sekiranya jadual bertindih dan tidak dapat melakukan kerja dengan baik,” katanya dalam satu temubual.

Bagaimanapun, Joy memberitahu dia berasa gembira apabila empat anggota lain, Irene, Seulgi, Wendy dan Yeri sentiasa memberikan sokongan terhadap kerjaya lakonannya.

“Red Velvet adalah sumber kekuatan saya, mereka juga sering memberikan semangat dan nasihat supaya tidak berputus asa.

“Saya juga bernasib baik apabila jadual kerja saya juga disusun dengan baik. Berlakon dan menyanyi, kedua-duanya saya suka.

“Red Velvet juga menonton lakonan saya dan mereka juga membantu saya memperbaiki lakonan dengan cara memberikan pendapat masing-masing,” ujarnya.

Joy memegang watak utama menerusi drama The Liar and His Lover yang mula ditayangkan pada 20 March lalu.

Dalam perkembangan lain, Red Velvet, NCT 127 dan Yesung bakal hadir ke Malaysia untuk konsert I-Seoul-U pada 23 Mei ini bertempat di Pusat Convention Center, Kuala Lumpur.

Sumber: Allkpop