Madu bukan hanya memberi kelebihan untuk orang dewasa sahaja, tapi madu juga dapat memberi manfaat untuk kanak-kanak sewaktu proses tumbesaran mereka.

Madu boleh meningkatkan kesihatan dan pertumbuhan kerana madu mengandungi banyak nutrisi dan vitamin yang yang sangat diperlukan kanak-kanak seperti vitamin A, B1, B2, B3, B5, B6, D dan banyak lagi.

Astro Gempak senaraikan beberapa kelebihan madu untuk kanak-kanak:

Dapat meningkatkan perkembangan otak kanak-kanak

Bagi meningkatkan perkembangan otak kanak-kanak, ibu bapa disarankan untuk rajin mengkonsumsi madu setiap hari agar perkembangan otaknya lebih optimum.

Dapat menyembuhkan batuk dan selsema

Kanak-kanak sangat mudah diserang penyakit seperti batuk dan selsema. Pengambilan madu dipercayai dapat membantu untuk menyembuhkan dan mencegah dua penyakit tersebut.

Dapat melancarkan sistem pencernaan anak

Masalah pencernaan sering berlaku kerana kanak-kanak sering tidak mempedulikan tentang kebersihan makanan dan mereka juga tidak peka terhadap kebersihan tangan mereka sebelum memakan sesuatu. Madu dipercayai dapat membantu sistem pencernaan kanak-kanak dan mengelak masalah pencernaan berlaku.



Menjelang bulan Ramadan, ibu bapa hendaklah memastikan pengambilan makanan anak-anak mereka tidak diabaikan, kerana ia memainkan peranan yang penting untuk menjamin tumbesaran mereka.

Ibu bapa perlu sentiasa ingat bahawa mereka sewajarnya menyediakan makanan yang lengkap dan seimbang untuk memastikan anak-anak mereka membesar dengan sebaiknya.

Abbott Malaysia memperkenalkan PediaSure Madu, perisa baru nutrisi makanan tambahan yang membekalkan pemakanan lengkap untuk kanak-kanak.

Disamping perisa vanilla dan coklat, Abbot Malaysia memperkenalkan PediaSure perisa Madu yang baru dan lazat untuk menyokong ibu bapa dalam usaha memperkaya dan mempelbagaikan pemakanan anak-anak sambil memenuhi keperluan nutrien mereka, lebih-lebih lagi sempena kedatangan bulan Ramadan.

PediaSure perisa Madu yang baru ini boleh didapati di semua pasar raya dan pasar raya besar dalam bungkusan serbuk 600 gram, 850 gram, dan 1.2 kilogram. PediaSure juga disahkan halal oleh Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS), yang diiktiraf oleh JAKIM Malaysia.

Sumber: Manfaat.co