Penyanyi Datuk Nassier Wahab mengakui terkejut apabila menerima dua kejutan pada tahun ini iaitu gelaran Datuk dan dihadiahkan sebuah banglo.
Menurut Nassier, dia dihadiahkan banglo tersebut kerana menjadi duta sebuah syarikat hartanah yang diterajui pelakon dan ahli perniagaan, Boy Iman.
"Sejujurnya saya tidak menyangka akan diberikan nikmat berganda seperti ini kerana sepanjang 32 tahun bergelar anak seni, saya tidak pernah bermimpi untuk mendapat penghargaan ini.
"Ia juga umpama hadiah paling bermakna sempena ulang tahun kelahiran saya yang ke-55, 18 April lalu.
"Saya bukan sahaja diumumkan sebagai duta sebuah syarikat hartanah namun saja juga mendapat sebuah banglo dan kediaman tersebut tidak jauh daripada tempat tinggal saya sekarang ini.
"Saya diberi tanggungjawab selama dua tahun sebagai duta dan harus memberi kesedaran kepada masyarakat supaya memiliki rumah sendiri pada usia muda," katanya kepada Astro Gempak.
Nassier ditemui pada majlis memperkenalkan duta Syarikat DBI Technology Sdn.Bhd, di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur, pada Rabu.
Tambah Nassier, banglo yang berharga RM150,000 terletak di Kapar, Klang, Selangor, merupakan hadiah untuk menghargai perjuangannya sebagai anak seni selama ini.
Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi
Rozaimi Zubaidi
Thu May 18 2017
“Saya Tidak Berdiri Untuk Segala Gelaran” - Siti Nurhaliza
Kalau ada rezeki, ada.
Pengikut Bertambah Lebih 40,000, Kekasih Gelap Aliff Aziz & Bella Astillah Saling ‘Follow’ Di IG
Kontroversi melibatkan Aliff Aziz dan Sarah Yasmine terus menjadi topik hangat dalam media sosial selepas wanita itu membuat pendedahan mengaku kekasih kepada pelakon dan penyanyi itu.
Suami Sepupu Eyra Hazali Salah Seorang Mangsa Nahas Helikopter TLDM - “Al-Fatihah Kepada Semua Yang Terlibat…”
Semoga roh mangsa terlibat ditempatkan bersama orang beriman.
Nahas Helikopter TLDM: Tiada Terselamat, 10 Dilaporkan Terkorban
Seramai 10 orang dilaporkan terkorban selepas dua helikopter milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bertembung dalam kejadian di Kem Tenteral Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak, hari ini.
Nyanyian Alif Satar & The Locos Raih Pujian Netizen, Siap Diberi Jolokan Bruno Mars Versi Malaysia!
Sepotong video nyanyian kumpulan Alif Satar & The Locos (ASTL) berjaya mendapat perhatian ramai baru-baru ini.
Nafi Dakwaan Sukar Dihubungi, Ippo Hafiz Enggan Jaja Kisah Rumah Tangga - “Dia Masih Isteri, Jadi Lindungilah Maruah Suami”
Penyanyi Ippo Hafiz menafikan kenyataan Fara Roslan dan dakwaan yang tersebar di laman sosial mengatakan dia sukar dihubungi untuk bertemu anak kedua mereka, Ibrahim.
Dua Helikopter Terhempas Ketika Raptai Di Pangkalan TLDM Lumut
Dua helikopter dilaporkan terhempas selepas bertembung ketika membuat latihan di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, Perak, pada Selasa.
3 Bulan Tak Dapat Jumpa Anak Kedua, Isteri Ippo Hafiz Ada Bukti Sukar Dihubungi - “Kalau Dia Jaga & Tiada Masalah, Kenapa Saya…”
Isteri kepada penyanyi Ippo Hafiz iaitu Fara Roslan mendedahkan dia tidak dapat bertemu dengan anak keduanya, Ibrahim sejak bulan Februari lalu.
Anak Dibiar Bau Hancing & Luka-Luka, Bibik Doakan Thalia Baiduri 'Mampus' - "Depan Saya Dia Baik, Tak Tinggal Solat Dhuha"
Usahawan selebriti Datin Thalia Baiduri terkejut apabila mengetahui sikap sebenar pembantu rumahnya yang dipanggil Bibik Elly yang tidak berlaku jujur dan melayan anak bongsunya dengan teruk.
Terima Banyak DM, Netizen Minta Caprice Ulas Isu Kekasih Gelap Aliff Aziz - “Makin Lama Makin Banyak Bukti Curang…”
Caprice enggan ulas isu Aliff Aziz.