Juara Rockanova, Mel tidak pernah terfikir untuk dinobatkan sebagai juara kerana menjangkakan Azmi yang bakal memiliki gelaran tersebut kerana bakat dimilikinya selain mempunyai peminat yang ramai.

Mel atau nama sebenarnya Malisa Janudin berkata dia terkejut dan kagum sebaik sahaja melihat jumlah peminat Azmi yang hadir ke konsert akhir malam tadi.

"Azmi bukan calang-calang orang, vokalnya sangat bagus dan sejak dia mula diserap masuk saya lihat begitu ramai orang mula suka padanya.

"Waktu nama saya diumumkan sebagai juara, saya tidak dengar sebenarnya dan rasa tak percaya.

"Saya ingatkan Azmi yang menang dan konsert itu boleh dikatakan hampir dipenuhi dengan peminat Azmi.

"Jadi saya tidak menaruh harapan, bagi saya cukuplah dapat masuk peringkat akhir pun rasa beruntung.

"Tapi inilah yang dikatakan rezeki dan saya bersyukur, terima kasih kepada semua peminat saya," katanya kepada Astro Gempak.

Mel ditemui selepas konsert akhir Rockanova yang berlangsung di Pusat Konvensyen CIDB, semalam.

Peserta yang berasal dari Johor itu membawa pulang hadiah berupa wang tunai bernilai RM80,000 dan sebuah trofi.

Mel telah menyampaikan lagu berjudul Bintang Kehidulab nyanyian asal Nike Astria dan lagu duet Total Eclipse Of The Heart bersama Dian

Selain Mel, saingan terdekatny, Azmi telah dinobatkan sebagai naib juara Rockanova dan membawa pulang wang tunai berjumlah RM40,000 dan sebuah trofi.

Rockanova dihoskan oleh Alif Satar dan Sherry Alhadad.

Manakala Ratu Rock negara, Ella dan aktres Siti Elizad hadir sebagai juri jemputan.

Rockanova telah berlangsung pada Rabu, di Pusat Konvensyen CIDB, jam 9.30 malam dan disiarkan menerusi Saluran Astro Prima (105) dan Maya HD (135).

Teks oleh: Mya Amri