Pelakon Ayu Raudhah bakal menimang cahaya mata perempuan pada bila-bila masa.
Berdebar dan pada masa sama teruja, ibu kepada dua cahaya mata itu berkongsi persiapan menyambut cahaya mata baru tidak lama lagi.
"Saya tunggu masa saja. Kami sudah membuat imbasan dan bayi semua dalam keadaan sihat.
"InsyaAllah kami akan menimang cahaya mata perempuan.
"Zaquan paling teruja sebab memang dia inginkan anak perempuan," katanya yang ditemui pada majlis sidang media program Ramadan TV3 & TV9 di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Ayu, 33, menemani suaminya, Zaquan Adha, 29, yang dilantik sebagai duta kepada kempen Terima Kasih TV3 dan TV9.
Adik kepada pelakon Rozita Che Wan itu memberitahu dia sudah membuat persiapan awal menjelang ketibaan Aidilfitri tahun ini memandangkan dia dijangka berpantang sepanjang bulan Ramadan.
"Bulan Ramadan nanti bakal menjadi bulan saya berpantang jadi saya sudah menyiapkan kelengkapan Aidilfitri anak-anak dan suami lebih awal.
"Kak Ta (Rozita Che Wan) pun ada menghadiahkan baju-baju Aaisyah yang masih elok untuk bakal anak perempuan saya.
"Kalau Zaquan balik ke Perak, saya akan ikut ke sana. Begitu juga kalau dia memilih untuk balik ke Johor atau tinggal di Kuala Lumpur.
"Jadi sebagai persediaan saya sudah mendaftar ke hospital di ketiga-tiga buah negeri ini," katanya.
Ayu dan Zaquan berkahwin pada 21 Januari 2011 di Alor Setar, Kedah dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Muhammad Aisy Qaiser dan Muhammad Aisy Aryann.
Teks oleh: Amri Hassan
Syafiqah Jalal
Thu May 18 2017
Dina Nadzir Terkenang Memori Raya Terakhir Bersama Arwah Bapa - “Masa Tu Lama Betul Abah Peluk Saya…”
Dina rindu arwah bapa.
Dune: Part Two - Sewa & Menang di Astro First!
Gempak Movie Night Out: Tiket Tayangan Perdana Filem The Fall Guy
Jom sertai Gempak Movie Night Out sekarang!
“Saya Tak Boleh Bangun Sejak…” - Lana Nodin Alami Jangkitan Kuman Pada Bahagian Usus Sehingga Bengkak
Semoga cepat sembuh
Angeline Tan Tiada Perancangan Ada Anak Sendiri, Cukup Timang Cucu - "Kami Pun Umur Dah Berapa... Nak Hidup Tenang"
Pelakon, Angeline Tan menafikan khabar angin yang mengatakan dia sudah hamil setelah enam bulan bergelar isteri kepada pengarah, Sabri Yunus.
Raffi Ahmad Mengaku Pernah Minum Air Kaki Basuhan Ibu: “Saya Dapat Semula…”
Hos, pengacara, pelakon dan penyanyi Raffi Ahmad dikenali sebagai salah seorang pelaku seni Indonesia paling sukses pada masa kini.
Wanita Usung Mayat Bapa Saudara Ke Bank Demi Tanda Tangan Dokumen Pinjaman Wang!
Seorang wanita di Brazil ditahan pihak berkuasa apabila dia didapati mengusung mayat seorang lelaki tua yang didakwa sebagai bapa saudaranya ke sebuah bank di pinggir bandar Rio pada Selasa.
Bekas Isteri Kurt Cobain Kata Taylor Swift Tak Penting, Tak Menarik
Taylor Swift adalah nama yang cukup besar bukan sahaja dalam bidang seni tetapi juga telah tersenarai sebagai salah seorang individu terkaya versi Forbes baru-baru ini.
Isteri Malu Bila Tahu Suami Pinjam Duit Abang Untuk Halalkan Dirinya - “Kak Ipar Perli Suami Aku Hutang Kahwin Tak Bayar”
Wanita berkenaan menzahirkan rasa malu apabila mendapat tahu duit belanja perkahwinannya adalah wang pinjaman daripada abang suaminya.
Kereta Adira Penuh Dengan…. | GMW: What’s In Your Car
Eh ada apa dengan kereta Adira tu??!! MasyaAllah… tak sanggup la nak tengok!
GMW: What’s In Your Car
Eksklusif di gempak.com/gempakmostwanted
Kedudukan Terkini Top 5 Carta Mingguan Gempak Most Wanted
️ Setiap Isnin hingga Jumaat
⏰ 11 malam
Astro Ria dan Astro GO
Undi calon fav di gempak.com/gempakmostwanted
#WhatsInYour
#GMWWhatsInYour
#GempakMostWanted
#GempakMostWanted2024
#AstroBaharu
#TakMacamDulu
GMW: What’s In Your Car
Eksklusif di gempak.com/gempakmostwanted
Kedudukan Terkini Top 5 Carta Mingguan Gempak Most Wanted
️ Setiap Isnin hingga Jumaat
⏰ 11 malam
Astro Ria dan Astro GO
Undi calon fav di gempak.com/gempakmostwanted
#WhatsInYour
#GMWWhatsInYour
#GempakMostWanted
#GempakMostWanted2024
#AstroBaharu
#TakMacamDulu