Finalis Rockanova, Zarith tidak mahu terlalu yakin ketika membuat persembahan di pusingan akhir program Rockanova malam ini.

Zarith berkata dia khuatir sikap yakin itu akan membawa kepada kekecewaan sekiranya dia melakukan kesilapan ketika di atas pentas nanti.

“Saya tidak mahu terlalu yakin, makan diri nanti. Cukuplah dengan berusaha dan berikan persembahan terbaik malam nanti.

“Bila dah masuk peringkat akhir ini tekanan semakin kuat dan macam-macam perkara boleh berlaku ketika buat persembahan lebih-lebih lagi kalau gementar.

“Jadi saya ambil pendekatan untuk tidak memikirkan kemenagan, sebaliknya enjoy dengan persembahan sendiri.

“Dapat masuk top 5 pun saya rasa bersyukur apatah lagi ke peringkat akhir,” katanya kepada Astro Gempak.

Zarith bakal menyampaikan lagu Kejoraku Bersatu nyanyian asal kumpulan Search.

Manakala untuk pusingan duet pula Zarith akan menyanyikan lagu Mendung Tak Beerti Hujan bersama Azmi.

Rockanova diterajui oleh Alif Satar dan Sherry Alhadad selaku pengacara dan menampilkan dua juri tetap, Datuk Awie dan Edry Abd Halim.

Rockanova bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen CIDB setiap Rabu.

Program tersebut boleh ditonton setiap Rabu, jam 9.30 malam menerusi Saluran Astro Prima (105) dan Maya HD (135).

Manakala diari harian Rockanova, Rock On boleh disaksikan Isnin dan Selasa, jam 9.00 malam di Astro Prima (saluran 105).

Untuk melihat berita terkini dan perkembangan lain serta mengundi peserta kegemaran anda klik link ini ----> (ROCKANOVA).

Teks oleh: Mya Amri