Seorang penjual durian di Pulau Pinang secara tidak sengaja memanggil DYTM Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dengan gelaran 'Kak’.

Kejadian tersebut berlaku ketika isteri kepada Tengku Mahkota Pahang, Tuanku Abdullah Sultan Ahmad Shah itu sedang dalam lawatan tidak rasmi ke Pulau Pinang.

Mungkin kerana sikap peramah dan bersahaja Tengku Puan Pahang (TPP) melayan orang sekelilingnya menyebabkan penjual durian tersebut tidak menyedari wanita yang berdiri di hadapannya adalah kerabat diraja Pahang.



TPP telah berkongsi videonya sedang berbual dengan penjual durian tersebut di laman Instagram (IG) miliknya, semalam (Selasa).

Penjual durian itu juga kelihatan sangat bersahaja semasa berbual dan kedengaran beberapa kali memanggil TPP dengan gelaran 'Kak’.

Walaupun disapa dengan gelaran sedemikian, puteri kedua kepada Sultan Iskandar ibni Sultan Ismail itu tidak kisah dan amat merendah diri.

TPP amat terkenal di kalangan rakyat Pahang dengan sikapnya yang suka melakukan kerja-kerja sukarela.

Rata-rata pengikut di IG meluahkan rasa kagum mereka dengan sifat merendah diri TPP.

Ada juga yang berpendapat situasi tersebut pasti akan bertambah lucu apabila si penjual menyedari bahawa wanita yang berdiri di hadapannya adalah seorang puteri raja.

Berikut kami kongsikan video yang diuat naik di laman IG milik Tengku Puan Pahang:

this man was so friendly, he even belanja me an extra durian ..... as we left, my BG told him who i was ..... ???

A post shared by Koi Orang Pahang ? (@t_p_pahang) on



Teks oleh : Izzat Ridzwan