Nampaknya peminat-peminat kepada pelakon Nur Fazura Sharifuddin dan Fattah Amin sudah tidak sabar-sabar lagi untuk melihat gandingan selebriti pujaan mereka ini dalam drama bersiri terbaru, Hero Seorang Cinderella.

Buktinya, setiap hari semakin banyak foto Fazura dan Fattah dimuat naik ke laman sosial Instagram, Facebook dan Twiiter serta hashtag #Fattzura juga semakin bertambah.

Pelbagai aksi dan ragam #Fattzura dimuat naik dan diedit dengan kreatif oleh pengikut kedua-dua pelakon ini.

Malah, baru-baru ini kemunculan Fazura dan Fattah di permaidani merah Anugerah Bintang Popular Berita Harian 3.0 (ABPBH 3.0) turut mencuri tumpuan hadirin yang hadir.

Peminat turut bersorak apabila melihat pasangan serasi ini melintasi permaidani merah.

Hashtag #Fattzura mula wujud apabila pengarah Michael Ang mengumumkan Fazura dan Fattah bakal membintangi drama bersiri terbaharu (Hero Seorang Cinderella) arahannya itu.

Drama bersiri Hero Seorang Cinderalla adaptasi novel karya Anjell, bakal menemui penonton bermula 22 Mei ini di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123) setiap Isnin hingga Khamis, pukul 10 malam.

Selain Fazura dan Fattah pelakon lain yang turut membintangi drama bersiri ini ialah Uqasha Senrose, Zizie Ezette dan Jasmine Suraya.

Di bawah Astro Gempak kongsikan beberapa keping foto yang dimuat naik peminat Fattzura di laman sosial.