Penduduk tempatan terkejut dengan penemuan bangkai seekor haiwan laut gergasi yang terdampar di pantai di Maluku, Indonesia.

Menurut media tempatan, bangkai seakan ikan paus atau sotong gergasi itu berukuran 15 meter panjang itu masih berdarah sehari selepas ditemui.

Asrul Tuanakota, 37, individu pertama yang menjumpai haiwan gergasi yang tidak diketahui itu berkata dia pada mulanya menyangka ia adalah sebuah bot yang terkandas.

Haiwan itu dipercayai telah berada di sana tiga hari sebelum ditemui.

Sementara itu, Penyelaras Pengurusan Sumber Marin dan Pantai Indonesia, Nasrul Latulani berkata, sampel telah diambil dari tempat kejadian untuk ujian makmal.

"Taringnya berukuran empat meter ditemui pada bangkai dan menunjukkan ia berkemungkinan adalah rahang dari ikan paus," katanya.

Penemuan itu secara tidak langsung menjemput ramai pengunjung ke Pantai Hulung untuk melihat sendiri bangkai haiwai itu.

Manakala, menurut Ketua Pengarah Kajicuaca dari Institut Penyelidikan Ikan dan Laut Sakhalin, Rusia, Nikolay Kim merujuk haiwai itu sebagai seekor ikan lumba-lumba.

"Bahagian kepalanya berbentuk seakan-akan ikan lumba-lumba tapi sisiknya daripada spesies unik sebab ikan lumba-lumba tidak berbulu," ujarnya.



Olahan oleh: Amri Hassan
Sumber: Independent