Fasha Sandha akhirnya tampil secara rasmi memberikan kenyataan berhubung isu tindakan saman yang keluarkan oleh pelakon Nora Danish minggu lepas.
Kata Fasha menerusi syarikat pengurusannya, Mind Order, dia tidak bercadang untuk mengadakan sebarang sidang media bagi menjelaskan isu terbabit.
Malah, Fasha yang kini sedang bercuti di Australia bertegas mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap penganjur majlis Fenomena Aidilfitri, Glass Go Media.
"Saya memberikan kenyataan ini dengan lebih awal kerana saya tidak bercadang mengadakan sebarang PC berhubung perkara ini.
"Saya faham pihak penganjur majlis fenomena Aidilfitri Glass Go Media telah memohon maaf pada saya, tetapi saya masih bertekad untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Glass Go Media dan mana-mana pihak ketiga kerana telah memalukan saya.
"Saya tidak pernah sama sekali menulis nama sesiapa di dalam laman instagram saya @fashasandha dan hanya berkongsi tentang perasaan saya tentang apa yang terjadi pada malam tersebut, jadi tidak ada bukti saya memperkatakan keburukan mana-mana pihak sepertimana yang didakwa.
"Laman insta saya adalah untuk pengikut saya dan saya ada hak untuk menulis apa yang saya mahukan dan mana-mana pihak ketiga tidak patut terasa jika pihak ketiga tersebut tidak melakukan perkara tersebut," katanya.
Pelakon drama Lara Aishah itu bagaimanapun akan mengeluarkan saman malu ekoran tindakan pihak tertentu yang menuduh dia memfitnah.
"Mana-mana pihak yang menyatakan bahawa saya telah memfitnah bahawa saya telah memburukkan dan mencemarkan jenamanya, saya akan keluarkan saman malu dan saya sedikit pun tidak takut.
"Sekiranya mana-mana pihak berada di pihak benar, pengikutnya dan pelanggan jenama pihak tersebut tidak akan beralih arah. Itu adalah komen yang tidak masuk akal," tambah Fasha.
Kembali membangkitkan isu yang pernah tercetus tujuh tahun lalu, Fasha tidak gentar untuk berdepan sebarang amaran.
"Saya tidak gentar terhadap apa-apa kerana ini bukanlah kali pertama pihak ketiga tersebut menghantar saman terhadap saya.
"Dia juga pernah menghantar saman melalui peguamnya kepada saya 7 tahun lalu tetapi tidak berjaya. Negara kita ada undang-undang.
"Selepas ini pihak ketiga tersebut itu boleh memberi sebarang penjelasan sambungan tentang perkara ini dan saya tidak akan memberikan apa-apa lagi komen tentang perkara ini lagi dan akan menyerahkan sepenuhnya kepada peguam saya.
"Saya mengangap tindakan pihak ketiga itu sebagai tindakan kurang matang.
"Untuk mengelak apa-apa kemusykilan, kenyataan akhbar ini tidak mengurangkan apa-apa hak saya di sisi undang-undang dan saya secara khusus merizabkan
Perbalahan di media sosial antara Fasha dan Nora tercetus apabila Fasha mula mengemaskini status berserta foto di Instagramnya.
Dakwa Fasha ada artis yang jenamanya turut terbabit dalam pertunjukan fesyen Fenomena Aidilfitri 2017 akan menarik diri sekiranya dia hadir ke acara terbabit pada Rabu lalu.segala hak saya di bawah undang-undang," jelasnya.
Teks oleh: Amri Hassan
Syafiqah Jalal
Mon May 15 2017
Westlife Kembali Ke Malaysia, Bikin Konsert Di Arena Of Stars Genting Highlands Jun Nanti!
Kumpulan pop terkenal dunia, Westlife akan kembali ke Malaysia untuk mengadakan konsert satu malam di di Arena of Stars, Resorts World Genting pada 9 Jun nanti.
Bil TNB Wanita Ini Lebih Mahal Daripada Ansuran Rumah Gara-Gara Pasang Aircond 24 Jam!
Wanita ini terpaksa menanggung bil elektrik sehingga RM2,000 selepas menggunakan pendingin hawa hampir 24 jam sehari.
AJIB RASA TERCABAR DENGAN JOHAN | KE KODIANG WITH LOVE EPISOD 3
Siapa pulak Johan ni? Dah lah tiba-tiba muncul, lepas tu suka hati je panggil Naziah tu sayang. Agak-agak ke tak plan Ajib nak pikat hati Naziah?
Saksikan Ke Kodiang With Love setiap Jumaat, 12PM di semua platform Gempak
#KeKodiangWithLove
#GempakOriginalSeries
Saksikan Ke Kodiang With Love setiap Jumaat, 12PM di semua platform Gempak
#KeKodiangWithLove
#GempakOriginalSeries
Dituduh Bongkak Sebab Pertikai Bayaran RM500 Sehari, Ini Respons Azlee Senario
Azlee Senario enggan mengambil pusing mengenai kata-kata kurang manis yang dilemparkan kepada dirinya.
Dina Nadzir Terkenang Memori Raya Terakhir Bersama Arwah Bapa - “Masa Tu Lama Betul Abah Peluk Saya…”
Dina rindu arwah bapa.
Dune: Part Two - Sewa & Menang di Astro First!
Gempak Movie Night Out: Tiket Tayangan Perdana Filem The Fall Guy
Jom sertai Gempak Movie Night Out sekarang!
“Saya Tak Boleh Bangun Sejak…” - Lana Nodin Alami Jangkitan Kuman Pada Bahagian Usus Sehingga Bengkak
Semoga cepat sembuh
Angeline Tan Tiada Perancangan Ada Anak Sendiri, Cukup Timang Cucu - "Kami Pun Umur Dah Berapa... Nak Hidup Tenang"
Pelakon, Angeline Tan menafikan khabar angin yang mengatakan dia sudah hamil setelah enam bulan bergelar isteri kepada pengarah, Sabri Yunus.
Raffi Ahmad Mengaku Pernah Minum Air Kaki Basuhan Ibu: “Saya Dapat Semula…”
Hos, pengacara, pelakon dan penyanyi Raffi Ahmad dikenali sebagai salah seorang pelaku seni Indonesia paling sukses pada masa kini.